post

Pakej Honeymoon Di Sabah-Pulau Mabul,Kapalai Dan Sipadan

Semporna mempunyai beberapa lokasi yang menarik untuk pilihan bagi mereka yang mencari pakej honeymoon di Sabah.Ini kerana di Semporna terdapat beberapa pulau yang masih mengekalkan keindahan alam semulajadi yang sudah pasti akan mempersonakan sesiapa sahaja.Antara Pulau yang sering menjadi pulau pilihan untuk aktiviti pelancongan di Pulau Mabul,Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai.

Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia ada menawarkan penerbangan secara terus ke Bandar Tawau dari KLIA.Penerbangan tersebut akan mengambil masa 3 jam dan seeloknya anda mengambil penerbangan di waktu pagi kerana selepas itu anda perlu ke Pekan Semporna yang mengambil masa satu jam.

Dari sana anda akan menaiki bot ke Pulau Mabul yang mengambil masa satu jam.

Pakej Honeymoon Di Sabah

Pakej Honeymoon Di Sabah

Pulau Untuk Pakej Honeymoon Di Sabah

Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak 15 minit dari pulau Sipadan yang di didiami oleh kaum Bajau di sana.Dengan pantai yang berbentuk bujur dan juga pokok palm yang seakan melambai ke arah anda sudah pasti akan mendamaikan perasaan sesiapa sahaja.Anda mempunyai pilihan untuk tinggal di beberapa resort seperti Mabul Water Bungalow,Sipadan Mabul Resort,Sipadan Water Village, Borneo Divers Mabul Resort.

Bagi yang suka aktiviti menyelam terdapat beberapa lokasi yang menarik seperti Eel Garden,Ray Point,Panglima Reef,Lobster Wall,Nudibranch Centre,Crocodile Avenue dan juga Coral Reef Garden.

Pulau Kapalai

Berlainan dengan Pulau Mabul,Pulau Kalai dan merupakan destinasi yang terbaik bagi yang sukakan aktiviti scuba dan snorkelling.Uniknya tentang pulau kapalai adalah ia hanya mempunyai pasir yang membentuk pulau tersebut.Apabila air pasang pulau ini akan tenggelam namun air yang jernih tetap memukau mata yang memandang.

Lokasi yang menarik untuk melakukan aktiviti scuba adalah seperti Flambo Reef,Mandarin Vallaey,Lost World Goby Land adalah beberapa tempat yang patut dikunjungi oleh anda semua.

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan telah diistiharkan sebagai kawasan lindungan marin pada 1993 bagi menjaga kecantikan pulau tersebut.Pulau ini adalah satu-satunya yang terdiri daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut..Bagi yang hendak melawat pulau sipadan,anda dikehendaki memohon permit dan terhad kepada 100 kunjungan orang pada setiap hari.harga bagi permit ke pulau sipadan adalah RM40 dan ada antara resort yang mempunyai kuota untuk kemudahan pelanggan mereka.

Sudah pasti anda akan merasa teruja berjumpa dengan sepsis penyu seperti penyu agar dan karah,kawanan baruda dan ikan selar yang berenang secara berkumpulan atau ikan yu kepala  tukul yang akan berenang di sekeliling anda.

Sudah pasti dengan ketenangan semasa berada di pulau tersebut dapat meleraikan segala kekusutan semasa bekerja.Tambahan pula udara yang segar dan bebas dari asap kenderaan yang boleh menyakitkan kepala.Untuk itu,bakal pengantin boleh mengambil pakej honeymoon di Sabah untuk bulan madu mereka selepas berkahwin nanti.

Pakej Slot C

Comments

  1. normastura says

    saya berminat untuk ke pulau mabul…dijangka untuk ke sana dalam bulan 3, 2014 untuk 2 orang sahaja….boleh emel saya di

  2. dyiela says

    saya berminat ke pulau mabul,di jangka ke sana pada bulan februari,2014 untuk 2 org sahaja..sy nak tau pakej honeymoon..bleh emailkan sy..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>