post

Baju Pengantin Muslimah Terkini

Melihat kepada pelbagai jenis koleksi baju pengantin yang berada di pasaran sudah pasti membuatkan anda berasa keliru yang mana satu patut anda pilih.Bagi anda,semua baju pengantin itu terlalu cantik dan berkenan di hati anda.koleksi baju pengantin muslimah

Namun menjadi satu persoalan yang bermain di minda anda adalah adakah baju pengantin yang bakal dipilih benar-benar menepati citarasa anda.Bagi yang mempunyai bentuk badan yang ideal sudah tentulah tidak ada masalah tetapi bagaimana jika anda seorang yang pendek,tinggi atau berbadan gempal.Tidak semua butik perkahwinan ada mempunyai koleksi baju pengantin saiz XXL.

Untuk itu anda terpaksa menempah baju pengantin tersebut bagi mendapatkan saiz yang sesuai untuk anda di samping masih mengekalkan kesegakan ketika pengantin memakai baju tersebut.Salah satu yang akan dicadangkan oleh pereka fesyen adalah dari jenis baju pengantin muslimah.Walaupun baju tersebut longgar tetapi masih lagi menarik dipakai hasil daripada sentuhan pereka fesyen tersebut.

Tips memilih Baju Pengantin

Sebelum memilih baju persandingan yang benar-benar sesuai untuk anda.di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsi sebagai rujukan tika memilih fesyen mana yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan nanti.Salah memilih konsep,alamatnya pasti mengganggu hari yang bersejarah bagi anda.

  • Warna

Sudah pasti anda mempunyai tema untuk majlis perkahwinan anda nanti.Oleh itu pemilihan warna untuk baju pengantin adalah penting sekali.Bagi masyarakat melayu,gemar memilih baju menikah yang bewarna putih semasa berlangsungnya akad nikah tersebut.Selain warnanya yang neutral,Warna putih melambangkan kebersihan dan permulaan perjalanan untuk sepasang suami isteri.

Bagi Majlis perkahwinan pula,anda boleh memilih baju pengantin mengikut tema anda.Kebiasaannya ramai akan memilih warna yang terang dari warna tema bagi menyerlahkan lagi penampilan pengantin tersebut.

  • Jenis baju pengantin

Terdapat pelbagai pilihan untuk anda pilih samada dari jenis baju kurung moden,kebaya pengantin,baju songket ataupun tuksedo berserta gaun yang boleh digayakan oleh pasangan pengantin

  • Tempat Perkahwinan

Ini adalah penting kerana sekiranya majlis perkahwinan anda berlangsung di kawasan yang terbuka,sudah tentu anda tidak mahu kelihatan berpeluh yang mampu membuatkan keadaan tidak begitu selesa semasa majlis tersebut.

Masa Sesuai Menempah Baju Pengantin

Kebiasaannya,pereka fesyen memerlukan masa untuk menyiapkan sebarang baju perkahwinan yang ditempah oleh pelanggan mereka.Anda disarankan menempah lebih awal bagi mengelakkan tempahan anda tidak diterima oleh pereka fesyen dek kerana kekurangan masa untuk menyiapkannya.

Masa yang terbaik adalah 6 bulan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan nanti.Dengan masa yang lama,pereka fesyen boleh memikirkan fesyen apa yang sesuai untuk digayakan oleh anda.Dan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan,anda boleh mencuba baju pengantin tersebut untuk di jahit semula sekiranya tidak selesa semasa memakainya.

Setelah berakhirnya majlis perkahwinan anda itu nanti,terpulang samada baju pengantin tersebut disimpan sebagai kenangan atau anda boleh menjual kembali kepada mana-mana butik pengantin.Wang yang diperolehi hasil jualan baju pengantin boleh digunakan sebagai perbelanjaan dalam kehidupan berumahtangga nanti.

 

Pakej Slot C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>