post

Gubahan Hantaran Terkini-Koleksi Gubahan Hantaran Pertunangan Dan Perkahwinan

 

Bakal pengantin boleh memilih beberapa jenis gubahan hantaran terkini yang sesuai untuk dijadikan hantaran pertunganan mahupun hantaran perkahwinan.Barang-barang seperti sireh junjung,kek,buah buahan,telekung,tuala adalah menu biasa yang boleh dijadikan hantaran perkahwinan.Namun apa yang membezakannya adalah bagaimana hantaran itu digubah dan ditonjolkan kelainan serta menepati tema perkahwinan tersebut.

Faktor Pemilihan Gubahan Hantaran

1. Sendiri atau Tempahan

Sekiranya anda cukup kreatif dan mempunyai darah seni yang mengalir pada badan,maka anda boleh mencuba sendiri untuk untuk membuat gubahan hantaran untuk majlis anda nanti.Di sini semua peralatan kena disediaakan sendiri seperti dulang,dawai,gam,polisterin dan beberapa lagi barang yang kecil bagi mencantikkan hantaran pertunangan atau perkahwinan tersebut.

Sekiranya susah,anda boleh membuat tempahan gubahan hantaran ini tetapi perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan mereka menolak permintaan anda.

2. Jumlah Hantaran

Bagi Masyarakat Melayu,Pihak perempuan akan menghantar lebih daripada pasangannya.Oleh itu anda harus berbincang bagi mengelakkan terlbih barangan hantaran.Kebiasaannya Pihak Lelaki akan menghantar 7 dulang dan akan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak perempuan

3. Bajet untuk Gubahan Hantaran

Ini adalah perkara penting yang patut disediaakan semasa anda merancang bajet perkahwinan.Anggaran kasar bagi satu-satu gubahan hantaran adalah diantara RM50 sehingga RM100 dan boleh dijimatkan sekiranya anda mengambil pakej yang disediaakan.

4. Warna Tema untuk Gubahan Hantaran

Kebiasaannya warna untuk gubahan hantaran ini adalah sedondon dengan warna untuk perkahwinan anda.Sekiranya anda memilih warna biru,hantaran perkahwinan anda juga patut mempunyai elemen kebiruan bagi membentuk suasana yang sekata.

Jenis Gubahan Hantaran untuk Hantaran Pertunangan Dan Perkahwinan

  • Jenis Bunga

Terdapat pilihan samada menggunakan bunga jenis artificial atau bunga yang segar.Antara bunga segar yang selalu dipilih adalah dari jenis ros,carnition orkid dan lain-lain.

  • Sireh JunjungGubahan Hantaran Terkini

Menjadi kelaziman bagi masyarakat melayu memilih sireh junjung sebagai satu hantaran yang wajib disediaakan.Ini kerana sireh boleh disamakan sebagai pembuka bicara untuk majlis tersebut.Antara jenis gubahan hantaran terkini untuk sireh Junjung adalah seperti Merak Rimbun,Dicampur Dengan Bunga bunga Segar dan pelbagi lagi variasi untuk menambah seri sireh terbabit.Gambar dari anis Magic Fingers.

  • Gubahan Buah-Buahan
Buah buahan adalah satu bentuk hantaran yang popular yang di sediaakan oleh pengantin.Bagi menjadikan buah itu kelihatan segar dan menarik,anda boleh menyapukan sedikit minyak masak ke permukaannya.Elakkan dari menyapu lilin kerana amat berbahaya untuk si kecil yang pasti tertarik terhadap buah tersebut.

 

 


Pakej Slot C

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>