post

Cara Mengatasi Masalah Dengan Mertua

Pengantin baru bukan sahaja akan mengalami debaran semasa akad nikah tetapi juga untuk menyesuaikan diri dengan keluarga baru.Adakah mereka akan diterima baik dan cara mengatasi masalah dengan mertua yang mungkin terjadi nanti.

Teringat lagi pesanan imam semasa majlis akad nikah yang mengatakan perkahwinan bukan sahaja penyatuan antara dua insan tetapi penyatuan dengan semua ahli keluarga.Ini adalah nasihat yang paling berguna untuk pengantin baru yang adakalanya mempunyai masalah dengan mertua mereka.

cara mengatasi masalah dengan mertua

cara mengatasi masalah dengan mertua

Sebagai seorang yang matang kita harus bijak mencari cara cara mengatasi masalah dengan mertua atau saudara mara yang lain.Sekiranya tidak,ini bakal menganggu gugat keharmonian rumahtangga yang baru dibina bersama insan tersayang.Masalah yang berlarutan pula akan menyebabkan pasangan kita berada di dalam keadaan yang serba salah ibarat ditelan mati emak,di luah mati bapa.Mengapa perlu meletakkan mereka untuk memilih antara kita dan keluarga sekiranya kita boleh memberikan kedua-duanya.

Dr Haji Fadzilah Kamsah ada memberikan nasihat yang bagus untuk rujukan pengantin baru.Rujukan tersebut seperti kita mendapat hint ketika menjawab soalan peperiksaan semasa di sekolah atau Universiti.Pasti kita menjawab sambil tersengih kerana jalan penyelesaian berada di hadapan mata.

13 Cara Mengatasi Masalah Dengan Mertua

  1. Sebagai anak yang soleh ataupun solehah,sudah pasti perasaan sayang adalah menebal antara kedua ibu bapa kita.kita akan membuat yang terbaik bagi membahagiakan mereka tanpa cuba menyingguna perasaan.Menganggap mertua adalah seperti kedua ibu bapa sendiri membuatkan kita akan melakukan perkara yang sama untuk mereka.
  2. Berdoalah agar setiap perbuatan kita disenangi oleh mertua.Sentiasa mendoakan kesihatan mereka dan kehidupan rumahtangga kita
  3. Sebagaimana kita menyayangi pasangan,begitu juga perasaan yang harus timbul untuk mertua.
  4. Belajar memahami setiap karenah mereka untuk kita lebih mengenali hati budi.Walaupun kuat berleter tetapi anggaplah di dalam hati mertua masih ada taman untuk disemai dengan sifat-sifat murni.
  5. Apabila melawat mertua,elakkan dari hanya berlenggang sahaja.Cubalah membawa sedikit buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.
  6. Ketika berborak-borak dengan mereka,ringankan tangan untuk memicit atau mengurut kaki atau badan mereka.
  7. Percayalah masakan yang dimasak boleh menawan hati sesiapa sahaja.Belajar memasak makanan kegemaran mereka dan mencungkil resepi rahsia yang sudah pasti tidak lokek untuk dikongsi.
  8. Jangan tunjukkan kita ada masalah dengan sentiasa mengukir senyuman bila berhadapan dengan mertua.Hati mereka akan senang jika melihat rumahtangga anak mereka bahagia sahaja.
  9. Berbaik baik dengan biras dan elakkan bersangka buruk
  10. Mana-mana ibu bapa pasti tidak menyukai kita menceritakan masalah anak mereka.Oleh itu janganlah menceritakan perkara yang kecil yang boleh mengguris hati mertua.
  11. Menjadi lumrah manusia untuk dipuji dan tidak susah untuk kita memuji kebaikan mertua ketika bercakap dengan orang lain
  12. Sebagai manusia yang lebih makan garam dari kita,mereka banyak ilmu di dalam kehidupan berumahtangga.Mintalah nasihat yang berguna untuk kita amalkan di dalam perkahwinan kita.
  13. Tenteram hati mereka jika mendapat menantu yang suka beribadah.Dengan mendekatkan diri kepada Allah,nescaya rumahtangga yang dibina akan berkekalan selamanya.

Tidak susah sebenarnya untuk kita berhadapan dengan mertua sekiranya kita ada cara mengatasi masalah dengan mertua.Ini kerana kita juga akan menjadi mertua suatu hari nanti dan setiap perbuatan kita pasti akan kembali.

Pakej Slot C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>